Wednesday, May 5, 2010

Bagaimana Kuala Penyu Dapat Nama? Pelbagai Versi


Versi 1: Bagaimana Kuala Penyu Mendapat Nama?
Kuala Penyu terletak di sebelah tenggara Sabah. Perjalanan dengan kereta atau bus dalam 2 jam dari Bandaraya Kota Kinabalu. Meskipun terdapat lapangan terbang kecil di Kuala Penyu (di Tinambak) tiada perkhidmatan Kapal Terbang di kawasan ini. Lapangan Terbang tersebut dimaklumkan digunakan oleh tentera semasa perang.
Kuala Penyu di kelilingi oleh Pantai-Pantai yang cantik dan luas. Terlalu banyak pilihan untuk berkelah, memancing mahupun berjalan-jalan.
Menarik mengenai pantai-pantai di sekitar Kuala Penyu, kebanyakan pantai dilitupi oleh Terumbu Karang. Kesan daripada itu, tiada ombak yang terlalu besar melanda pantai-pantai ini. Oleh itu, pantai-pantai Kuala Penyu dianggap selamat untuk mandi manda.

Seperkara lagi yang sering tidak dinyatakan oleh banyak pihak. Pulau Tiga Survivor Island sebenarnya lebih dekat dengan Kuala Penyu. Dengan menaiki bos besar, ia cuma mengambil masa selama 20 minit. Jadi jika berpeluang dan berkeinginan jemputlah datang ke Kuala Penyu dan Pulau Tiga Survivor Island.

Kuala Penyu mendapat nama sempena seekor Penyu yang disumpah menjadi batu di suatu Kuala Sungai di Kuala Penyu. Sehingga hari ini (sepatutnya) sekiranya tiada gangguan atau usikan terhadap batu tersebut ia boleh dilihat di kawasan bakau, melalui muara sungai berdekatan dengan Pusat Kesihatan Kuala Penyu.

Saya sendiri pernah menyaksikan batu ini yang sebesar (lebih kurang) 4'x 8' sewaktu mengikut kawan-kawan lain untuk mem"BINTUR" (menangkap) ketam. Walau bagaimanapun pengalaman itu hanya saya lalui selama beberpa minit kerana takut "KETEGURAN".

Saya cadangan pihak Majlis Daerah melalui Jabatan Penerangan mencari inisiatif mendokumentasi perkara ini meskipun ia masih dikatakan lagenda. Lagenda seperti ini mungkin mampu menyumbangkan sesuatu kepada Kuala Penyu, khususnya Industri Pelancongan. Lagenda Mahsuri di Langkawi diheboh-hebohkan sehingga membuatkan Langkawi begitu terkenal. Kita tidak kerugian apa-apa sekiranya melakukan yang sama.

Versi (Cerita) Lain : Bagaimana Kuala Penyu Dapat Nama?
Ada cerita yang mengatakan bahawa PENYU besar telah menyelamatkan orang-orang kampung menyeberang sungai ketika banjir besar melanda. Dari hari itu lah orang-orang Kuala Penyu menganggap Penyu ialah Tuhan mereka dan tidak memakan spesis ini.

1 comment:

Kuala Penyu said...

Butul kah tembirang saya tu?

Post a Comment