Thursday, May 6, 2010

Ambuyat - Pinantung - Sagu (Makan Tradisional Kuala Penyu)

Sagu dikenali juga di dalam bahasa Dusun Tatana sebagai Pinantung dan bahasa Brunai sebagai ambuyat. Tepung sagu yang diperoleh dari pokok rumbia diproses untuk mendapatkan sagunya. Untuk membuat Pinantung, tepung sagu dalam kuantiti yang sederhana (bergantung kepada tahap kelaparan dan kerinduan terhadap makanan tradisi ini) dibubuh di dalam besen kecil dan dicampurkan dengan sedikit air serta digaul rata. Seterusnya air yang mendidih dituangkan ke dalam besen yang berisi tepung sagu yang dilarutkan dengan sedikit air tadi. Dengan suhu kepanasan air yang mendidih, pinantung akhirnya berjaya diproses.
Pinantung perlu dimakan dengan menggunakan sumpit. Sumpit adalah sejenis penyepit diperbuat daripada pelepah rumbia yang berbentuk "V". Selain daripada sumpit garpu juga boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ada baiknya penggunaan sumpit digalakkan kerana, biarlah cara tradisi dilayan dengan alat tradisional.
Pinantung perlu di"sungkil"(proses menggunakan sumpit untuk menggulung pinantung) dengan menggunakan Sumpit. Sungkilan pinantung bergantung kepada si pemakan. Selalunya pihak lelaki suka membuat sungkilan yang sangat besar daripada saiz mulut mereka sendiri. Keadaan ini kadang-kadang merisaukan kerana si pemakan mungkin Nogulanan(tersedak)!! Walau bagiamanapun perkara ini sebenarnya hanya kerisauan mata kasar, ia tidak akan terjadi sedemikian kerana, gulungan pinantung tadi harus dicecah dengan kuah bambangan dan diseterusnya dimasukkan ke dalam mulut. Kebiasaaannya, pinantung ini terus ditelan dan jarang dikunyah.





1 comment:

Post a Comment

Post a Comment