Thursday, May 6, 2010

KATAM-KATAM


Katam-katam merupakan permainan Tradisi Cina yang dipanggil Ikan, Udang dan Ketam atau dalam bahasa Cina, Yue Har Hai.

Permainan ini popular di kalangan masyarakat Kadazandusun khususnya ketika ada kematian di sestuatu kampung. Masyarakat Kadazandusun percaya mereka mesti menemani si mati sebelum dikebumikan. Oleh itu, hampir kesemuanya berjaga sehingga ke pagi. Untuk itu ada keperluan untuk aktiviti KATAM-KATAM diadakan bagi mengelak rasa mengantuk dan terus berjaga hingga ke pagi.

Tan Sri Lim Goh Tong & Genting Highland



Tan Sri Lim Goh Tong (Pengasas Genting Highland Resort)
Lim Goh Tong merupakan pengasas kepada Genting Berhad yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja penerokaan Gunung Ulu Kali menjadi sebuah pusat pelancongan yang dikenali sebagai Genting Highland sekarang.

1. Berasal dari negara China dan berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1937 mengikut jejak langkah sepupunya
2. Menjual biji benih sebagai sumber pendapatan keluarga selepas bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun
3. Pada mulanya berkerja di Malaysia sebagai tukang kayu dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A
4. Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu
5. Lim Goh Tong tidak fasih berbahasa Inggeris sebaliknya hanya berurusniaga dengan menggunakan Bahasa Mandarin & Bahasa Melayu. Sekiranya memerlukan, beliau akan menggunakan khidmat penterjemah
6. Pemilik Genting Group, Asiatic Development Berhad & Star Cruises
7. Projek Indahpura seluas 8000 ekar yang terletak di Kulai, Johor merupakan salah satu projek pembangunan hartanah oleh Asiatic
8. Seorang yang merendah diri dan senang bergaul dengan orang bawahan di mana beliau sendiri yang akan memantau dan bersama-sama melakukan kerja
9. Seorang yang menepati masa serta rajin berkerja
10. Pernah dilabel sebagai gila oleh kerana ideanya untuk membangunkan Genting Highlands

“When I decided to develop Genting about 38 years ago, there were also people who said I was mad and doomed to failure. But I went on to build it up steadily into an internationally renowned holiday resort. As for the cruise industry, isn’t Miami a success story? If the Westerners can do it, so can we Asians”

11. Mendapat idea untuk membangunkan Genting Highlands ketika berada di Cameron Highlands. Pada masa itu beliau terfikir alangkah baik sekiranya rakyat Malaysia dapat bercuti di kawasan peranginan tanah tinggi yang berada dekat dengan Kuala Lumpur dengan perjalanan dengan kereta di dalam sejam hingga sejam setengah
berbanding Cameron Highlands yang biasanya mengambil masa lebih lama.

MUNGKIN IDEA THE LATE TAN SRI LIM GOH TONG KITA BOLEH GUNA PAKAI UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM JALAN RAYA KE KUALA PENYU AGAR DAPAT DIPENDEKKAN PERJALANAN DARI 2JAM KE SEJAM ATAU 1 1/2 JAM UNTUK MENGGALAKKAN PELANCONG TEMPATAN MELAWAT KUALA PENYU

Adakah Orang Asal Sabah akan Senasib dengan Orang Red Indian??



�Di mana suku kaum Pequot hari ini? Di mana suku-suku Naragansett, Mohican, Pokanoket dan banyak lagi puak yang kuat di kalangan kaum kita? Mereka semuanya telah lenyap akibat sikap haloba dan penindasan oleh orang kulit putih, bak salji dibakar mentari musim panas.� - Tecumseh, ketua suku Shawnee, kaum Red Indian di Amerika Syarikat

Ibu dan anak yang menyusu ditembak mati. Kanak-kanak disembelih. Yang lemah diburu dan dibunuh dengan kejam. Tebing Sungai Wounded Knee yang diselaputi fros menjadi merah disimbah darah.

Tiga ratus lelaki, wanita dan kanak-kanak kaum Red Indian suku Sioux, termasuk ketuanya yang tua dan sakit Chief Big Foot terkorban pada hari terciptanya sejarah keganasan dan kekejaman tersebut.

Tarikh 29 Disember 1890 adalah detik hitam berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Wounded Knee. Tanpa segan silu, Kavalri Ketujuh Tentera Darat Amerika Syarikat menggambarkan insiden itu sebagai suatu �pertempuran�. Biarpun pasukan pengecut ini telah melakukan jenayah besar, 18 daripada mereka dikurnia oleh Kerajaan Amerika anugerah keberanian tertinggi.

Wounded Knee menandakan berakhirnya �Peperangan Indian�, konflik berdarah dan ganas yang menjerumuskan penduduk asli Amerika yang mempertahankan tanahair daripada perompak dan penjajah bangsa Eropah.

Ia melambangkan penaklukan mutlak ke atas penduduk asli; sebahagian besar suku kaum penduduk asli ini dimusnahkan manakala yang lain dipinggirkan ke kawasan penempatan menyerupai taman kehidupan liar di Afrika.

Kisah ini bermula pada 1492 apabila Christopher Columbus, pengembara Itali yang belayar atas nama Raja Sepanyol, berlabuh di sebuah pulau di benua Amerika dan �menemui Dunia Baru�.

Penduduk pulau berkenaan yang Columbus gelar sebagai Indios (asal nama Red Indian), melayan beliau dengan penuh penghormatan sebagai tetamu. Columbus membalas layanan tersebut dengan menculik 10 orang daripada mereka yang dihantar ke Sepanyol dan seorang maut dalam perjalanan.

Dalam tempoh kurang satu dekad, penjajah bangsa Sepanyol yang berduyun tiba mencari emas dan galian lain memusnahkan kaum asli ini dan menjual yang lain untuk dijadikan hamba.

Demikianlah sejarah penemuan �Dunia Baru� dimuatkan dengan kisah-kisah kekejaman dan keganasan yang didiominasi pada awalnya oleh penjajah Eropah berketurunan Sepanyol. Hernan Cortes, seorang conquistador (penakluk) awal dari Sepanyol, dengan kejamnya merampas kawasan yang kini dikenali sebagai Mexico pada tahun 1518 dan melenyapkan masyarakat asal tempatan, suku kaum Aztec.

Tiga belas tahun kemudian, Francisco Pizarro diberi jolokan conquistador paling ganas semasa menakluk wilayah yang kini dikenali sebagai Peru sehingga memupuskan kaum Inca yang memerintah sebahagian besar Amerika Selatan.

Penjajah bangsa Eropah yang lain terutama Belanda, Inggeris, Perancis dan Portugis, turut muncul dengan perwatakan yang sama.

Pada 1641, askar-askar Belanda yang berkhidmat di bawah koloni penjajah menyerang dua perkampungan suku kaum Raritan di Pulau Staten (dekat kawasan yang kini dikenali sebagai New York); lelaki, wanita dan kanak-kanak yang sedang tidur ditikam sebelum tubuh mereka dikelar dan dicincang.

Orang-orang Inggeris walaupun dikata lebih sopan tetapi tidak kurang kejamnya. Semasa tiba di Virginia pada 1607, mereka mendirikan jajahan yang dikenali sebagai Jamestown.

Untuk menguasai penduduk asal dari suku Powhatan, mereka memahkotakan seorang penghuni bernama Wahunsonacook sebagai raja. Kesetiaan Wahunsonacook kepada Inggeris bertambah apabila pendatang Inggeris John Rolfe mengahwini puterinya, Pocahontas, kisah perkahwinan yang kini diabadikan dalam buku dan filem.

Selepas kematian Wahunsonacook, suku Powhatan memberontak menentang pencerobohan Inggeris dan berakhir dengan pemusnahan kejam penduduk asal dalam sekelip mata sahaja.

Sesungguhnya, penghapusan penduduk asal bukan hanya berleluasa tetapi pembunuhan dilakukan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ramai penduduk asli bukan sahaja dibunuh tetapi bahagian atas kepala mereka turut dicantas dalam perbuatan yang dikenali sebagai scalping.

Perbuatan yang dianggap Red Indian sebagai tidak berperikemanusiaan itu diperkenalkan oleh pendatang Sepanyol. Pada mulanya, scalping hanya berlaku di antara kaum Indian dan pendatang awal dari Eropah. Kemudiannya scalping menjadi amalan tentera penjajah yang bertempur dengan penduduk asal terutama suku Navaho.

Untuk membuktikan keperwiraan mereka, tentera penjajah mencantas bahagian atas kepala pejuang Navaho yang terkorban bersama dengan simpulan rambut yang berikat tali berwarna merah.

Siapa yang memulakan scalping masih samar tetapi penjajah Sepanyol, Inggeris, Belanda dan Perancis mempopularkannya dengan menawarkan hadiah yang lumayan ke atas kulit kepala kaum Indian.

Bagi mewajarkan dominasi dan layanan mereka terhadap penduduk asal Amerika, kepimpinan kolonial mencipta doktrin yang dipanggil �Manifest Destiny�.

Menurut doktrin itu, bangsa Eropah lebih hebat dan bertamadun, maka mereka berhak dan bertanggungjawab untuk memerintah penduduk asal yang dianggap buas dan kuno. Bangsa Eropah ditakdirkan untuk memerintah seluruh benua Amerika.

Tetapi ini hanya muslihat untuk mewajar serta memuliakan sifat haloba pendatang Eropah kepada tanah dan wilayah, menurut pengarang Dee Brown dalam bukunya mengenai sejarah kaum Indian, �Bury My Heart at Wounded Knee.�

Doktrin Manifest Destiny dijadikan alasan menghalalkan pencerobohan demi pencerobohan kawasan yang dipersetujui sebagai �wilayah tetap Indian� dalam perjanjian-perjanjian antara pendatang dan penduduk asal.


Ambuyat - Pinantung - Sagu (Makan Tradisional Kuala Penyu)

Sagu dikenali juga di dalam bahasa Dusun Tatana sebagai Pinantung dan bahasa Brunai sebagai ambuyat. Tepung sagu yang diperoleh dari pokok rumbia diproses untuk mendapatkan sagunya. Untuk membuat Pinantung, tepung sagu dalam kuantiti yang sederhana (bergantung kepada tahap kelaparan dan kerinduan terhadap makanan tradisi ini) dibubuh di dalam besen kecil dan dicampurkan dengan sedikit air serta digaul rata. Seterusnya air yang mendidih dituangkan ke dalam besen yang berisi tepung sagu yang dilarutkan dengan sedikit air tadi. Dengan suhu kepanasan air yang mendidih, pinantung akhirnya berjaya diproses.
Pinantung perlu dimakan dengan menggunakan sumpit. Sumpit adalah sejenis penyepit diperbuat daripada pelepah rumbia yang berbentuk "V". Selain daripada sumpit garpu juga boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ada baiknya penggunaan sumpit digalakkan kerana, biarlah cara tradisi dilayan dengan alat tradisional.
Pinantung perlu di"sungkil"(proses menggunakan sumpit untuk menggulung pinantung) dengan menggunakan Sumpit. Sungkilan pinantung bergantung kepada si pemakan. Selalunya pihak lelaki suka membuat sungkilan yang sangat besar daripada saiz mulut mereka sendiri. Keadaan ini kadang-kadang merisaukan kerana si pemakan mungkin Nogulanan(tersedak)!! Walau bagiamanapun perkara ini sebenarnya hanya kerisauan mata kasar, ia tidak akan terjadi sedemikian kerana, gulungan pinantung tadi harus dicecah dengan kuah bambangan dan diseterusnya dimasukkan ke dalam mulut. Kebiasaaannya, pinantung ini terus ditelan dan jarang dikunyah.





Wednesday, May 5, 2010

Bagaimana Kuala Penyu Dapat Nama? Pelbagai Versi


Versi 1: Bagaimana Kuala Penyu Mendapat Nama?
Kuala Penyu terletak di sebelah tenggara Sabah. Perjalanan dengan kereta atau bus dalam 2 jam dari Bandaraya Kota Kinabalu. Meskipun terdapat lapangan terbang kecil di Kuala Penyu (di Tinambak) tiada perkhidmatan Kapal Terbang di kawasan ini. Lapangan Terbang tersebut dimaklumkan digunakan oleh tentera semasa perang.
Kuala Penyu di kelilingi oleh Pantai-Pantai yang cantik dan luas. Terlalu banyak pilihan untuk berkelah, memancing mahupun berjalan-jalan.
Menarik mengenai pantai-pantai di sekitar Kuala Penyu, kebanyakan pantai dilitupi oleh Terumbu Karang. Kesan daripada itu, tiada ombak yang terlalu besar melanda pantai-pantai ini. Oleh itu, pantai-pantai Kuala Penyu dianggap selamat untuk mandi manda.

Seperkara lagi yang sering tidak dinyatakan oleh banyak pihak. Pulau Tiga Survivor Island sebenarnya lebih dekat dengan Kuala Penyu. Dengan menaiki bos besar, ia cuma mengambil masa selama 20 minit. Jadi jika berpeluang dan berkeinginan jemputlah datang ke Kuala Penyu dan Pulau Tiga Survivor Island.

Kuala Penyu mendapat nama sempena seekor Penyu yang disumpah menjadi batu di suatu Kuala Sungai di Kuala Penyu. Sehingga hari ini (sepatutnya) sekiranya tiada gangguan atau usikan terhadap batu tersebut ia boleh dilihat di kawasan bakau, melalui muara sungai berdekatan dengan Pusat Kesihatan Kuala Penyu.

Saya sendiri pernah menyaksikan batu ini yang sebesar (lebih kurang) 4'x 8' sewaktu mengikut kawan-kawan lain untuk mem"BINTUR" (menangkap) ketam. Walau bagaimanapun pengalaman itu hanya saya lalui selama beberpa minit kerana takut "KETEGURAN".

Saya cadangan pihak Majlis Daerah melalui Jabatan Penerangan mencari inisiatif mendokumentasi perkara ini meskipun ia masih dikatakan lagenda. Lagenda seperti ini mungkin mampu menyumbangkan sesuatu kepada Kuala Penyu, khususnya Industri Pelancongan. Lagenda Mahsuri di Langkawi diheboh-hebohkan sehingga membuatkan Langkawi begitu terkenal. Kita tidak kerugian apa-apa sekiranya melakukan yang sama.

Versi (Cerita) Lain : Bagaimana Kuala Penyu Dapat Nama?
Ada cerita yang mengatakan bahawa PENYU besar telah menyelamatkan orang-orang kampung menyeberang sungai ketika banjir besar melanda. Dari hari itu lah orang-orang Kuala Penyu menganggap Penyu ialah Tuhan mereka dan tidak memakan spesis ini.